bahasa melayu

Tujuan blog ini ialah untuk memberikan ruang kepada pelajar-pelajar pre-u1 meluahkan coretan peribadi mereka yang tidak terlalu peribadi agar setiap mereka saling berkongsi pengalaman dan pendapat .

Monday, July 07, 2008

..بسم الله الرحمن الرحيم

Tiada perpisahan yang berlaku tanpa sebuah pertemuan, betul tak? :)



Selamat berjuang teman-teman sekelian~
!الله معنا
:)

Sunday, December 30, 2007

Labels:

Tuesday, December 11, 2007

Assalaamu'alaikum~ hee..

Niat saya baik, sekadar nak menghidupkan blog yang dah lama mati. Namun diri ni kekurangan kata.. Jadi, siapa yang ada banyak kata tu, hidupkanlah blog ini kembali! heeee..


Tuesday, January 23, 2007

pengalaman yang paling berharga

Pada cuti sekolah yang lalu,aku habiskan cuti sekolah aku kebanyakkannya di rumah. Macam biasa tolong emak mengemas dan memasak.Ada dua pengalaman yang paling berharga sekali ialah sewaktu aku dinobatkan sebagai Faci.Inilah kali pertama aku menjadi faci,menjaga adik-adik yang bakal masuk menengah satu.Banyak pengalaman yang aku dapat dr segi berkomunikasi,memberi pendapat dan pandangan kepada adik-adik aku.Ade juga dikalangan mereka yang mementingkan diri dan ade juga yang serius.Sebagai faci aku menjalankan tanggungjawab aku dengan baik,sering memberi semangat dan menasihati mereka.Selain itu aku juga mengenali mereka dengan lebih dekat. Pengalaman aku yang kedua ialah sewaktu aku pergi ke malaysia bersama dua teman sekelas aku.Alangkah indahnya sewaktu kami bertiga pergi membeli belah,makan bersama dan solat bersama dan dapat mengeratkan silaturrahim antara kami.Di Larkin kami menaiki teksi menuju ke angsana.Tujuan utama kami pergi ke sana sebenarnya membeli buku-buku motivasi,buku sekolah dan buku cerita.Setibanya di tempat penjualan buku,Badan, kami seolah-olah seperti orang gila, membeli buku-buku kesukaan kami sehingga saya menghabiskan wang sekurang-kurangnya 70 ringgit malaysia. Selama 8 jam kami berada di Malaysia sehinggakan membuat hati ibubapa kami merasa risau. Inilah kali ketiga aku pergi ke malaysia tanpa ditemani oleh keluarga.Tapi yang pasti alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang.

Tuesday, January 16, 2007

pengalaman paling berhaga/bermakna...

Pengalaman yang paling berharga atau bermakna buat saya pada cuti masa yang lalu tidak banyak. Yang saya inagt tentang cuti sekolah yang lalu ialah apabila kaka saudara sendiri tunang.Saya amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia akan bertunang kerana orangnya amat sanagt pendiam.Memang susah untuk melihatnya berbual-bual sesama kita saudara.Kakak saudara saya ini tinggal di Kuala Lumpur dan dia juga bertunanag dengan org sedaerah.Saya tiba di rumah beliau kira-kira pukul 3 pagi.Sungguh letih saya.Keesokkan harinya mulalah semua kaum wanita sibuk untuk menyediakan semua juadah.Melihat kesibukan itu saya juga turut tolong bersama akan tetapi mereka tidak memberi saya kerja yang ba yak kerana mereka takut bahawa saya tidak tahu membuatnya seperti mencuci beras.Tapi tidak mengapa,mereka fikir bahawa saya orang bandar dan tidak tahu kerja-kerja seperti ini.
Setelah majlis pertunangan itu selesai,saya sekeluarga pun lalu pulang ke rumah.Kami terpaksa tinggal kan mereka ketika waktu sedang sibuk kerana bapa saya ada kerja yang tidak boleh dielakkan.Saya bersyukur majlis itu dijalankan dengan selamat.

Thursday, January 04, 2007

SIAP>>>>>>>>>>>>>>>

Siap cikgu tugasan saya... silalah baca da comment tanpa segan silu...wweee... wassalam.....

Thursday, November 30, 2006

Tugasan Sepanjang Cuti akhir tahun

Assalamualaikum semua pelajar pre-u1 . Tahniah kerana telah berjaya naik kelas . Dalam sebulan cuti ini saya ingin kamu dapatkan novel Salina karya A.Samad Said dan baca seluruh novel. Saya galakkan membacanya lebih-lebih lagi bagi pelajar bahagian akademik. Dengan ini kita ada lebih pilihan untuk sastera bahagian A selain novel Seorang Tua di kaki Gunung yang akan mula diajar oleh cikgu Suratman Markasan pada awal tahun depan. Tolong dapatkan novel SALINA ini dengan meminjam di perpustakaan atau dapatkannya daripada kakak-kakak atau abang2 pre-u yang lepas. Dalam masa sebulan tolong habiskan dan fahamkan jalan ceritanya . Insyaallah bila buka sekolah nanti , kita tinggal bincangkan segala yang berkaitan dengannya dan kita boleh lebih fokus untuk novel Seorang Tua di Kaki gunung , cerpen(bahagian B) dan drama serta sajak (Bahagian C).


Satu lagi tugasan semasa cuti ini - catatkan pengalaman paling berharga dan bermakna sepanjang cuti 6 minggu ini dan harap hantar pada minggu terakhir cuti penggal ke eempat ini. Semoga anda sekelian dapat memanfaatkan cuti sekolah ini dengan kegiatan yang bermakna dan berfaedah untuk persediaan kamu menduduki peperiksaan A level dan Al Azhar pada akhir tahun 2007 kelak. Sediakan payung sebelum hujan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit . Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. jangan dah sakit perut baru nak cari 'jamban' . Itulah pesan saya untuk pelajar-pelaja sekelian. Selamat bercuti !